Sijil daftar Muafakat Nasional sudah ada di tangan



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar Musa mendakwa seorang usahawan yang sudah mendaftarkan Muafakat Nasional bersedia menyerahkan hak harta intelek (IP) kepadanya untuk terus memperjuangkan gagasan itu.

Katanya, usahawan dari Batu Pahat, Johor itu memilik IP yang didaftarkan atas namanya dan jawatankuasa penaja turut ditubuhkan.

Menteri Wilayah Persekutuan itu bagaimanapun berkata, tidak kira MN didaftarkan atau sebaliknya, gagasan itu perlu diteruskan.



“Insya Allah, MN terus kita perjuangkan. Kita tolak mereka yang pilih perpecahan.

“Sama ada kita jadikan MN berdaftar atau tidak, bukan lagi masalah. Sijil dan IP sudah berada di tangan,” tulisnya di Facebook.


Sebaran :


Leave a Reply