Shahidan mahu polis siasat ‘perbualan Anwar-Zahid’ kerana namanya disebut

 

PETALING JAYA: Shahidan Kassim, akan membuat laporan polis kerana namanya disebut dalam suatu rakaman yang dikatakan perbualan antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Ketua Umno Perlis itu turut meminta pihak lain melapor kepada polis agar kesahihan rakaman itu disiasat.

Zahid dan Anwar nafi perbualan berkenaan, yang dikatakan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 baru-baru ini.

Presiden Umno itu diasak pengkritik ekoran dakwaan ada usaha melibatkan ahli parti itu untuk bekerjasama dengan pembangkang.

“Dalam audio yang didakwa antara presiden saya dan seseorang dari PKR, nama saya disebut,” kata Shahidan kepada FMT.

Beliau difahamkan rakaman itu mengatakan dia dicemuh semasa berucap di PAU 2020.

“Saya dikatakan telah dicemuh semasa ucapan saya (di perhimpunan)…Zahid mengatakan audio itu palsu tetapi nama saya disebut,” katanya.

Saya dengar 10 kali, saya yakin audio itu tulen – Annuar Musa

“Tidak salah bagi sesetengah orang untuk mencemuh saya, mungkin kerana saya bukan penceramah yang baik, tetapi saya ingin tahu apakah perbuatan mencemuh terhadap saya itu dirancang.”

Ahli Parlimen Arau itu antara pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan langkah memutuskan kerjasama Umno-PPBM.

Dengan laporan polis itu, Shahidan mahu namanya dan Zahid dibersihkan.

Shahidan juga menyentuh tentang surat, dikatakan dihantar Zahid dan bekas presiden, Najib Razak, kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan mereka dan beberapa Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Surat itu dikatakan palsu tetapi tidak ada laporan polis yang dibuat,” katanya.

“Saya setuju laporan polis harus dibuat kali ini kerana presiden mengatakan rakaman audio itu palsu.”

Rakaman audio modus operandi alih pandangan ketidakcekapan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker