“Puncanya benda-benda bangang macam ni la”- Hattan bidas selebriti menunjuk dapat rentas negeri


Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang selebriti dan Instafamous yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran merentas negeri.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Hattan yang menegur golongan berkenaan yang gemar menunjuk-nunjuk pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum.

“Bukan salah diorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.

“Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!,” katanya.

Hattan turut menegaskan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu mungkin ramai yang tidak dapat pulang ke kampung sempena hari raya nanti.

“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadhan dan raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.

Neelofa ada kebenaran polis ke Langkawi atas urusan kerja-ChaTime Malaysia

“Puncanya benda-benda bangang macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” katanya.

Difahamkan, Hattan mengulas mengenai satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan di pintu sebuah balai polis yang tular baru-baru ini. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai memo itu.

Berbulan madu di Sabah, polis akan panggil Risteena, Isa Khan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker