Peruntukan wakil rakyat lebih baik disalur pada agensi kerajaan – Shahril Hamdan

Seorang pemimpin Umno hari ini menyatakan bahawa peruntukan kewangan untuk wakil rakyat adalah lebih baik jika disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat.

Shahril Hamdan, yang merupakan ketua penerangan Umno, dalam forum dalam talian awal hari ini berkata bahawa negara sudah mempunyai sistem untuk rakyat meminta bantuan.

Tegasnya, wakil rakyat seharusnya memainkan peranan untuk memudahkan proses ini berbanding memberikan wang untuk menaikkan imej politik mereka.

“Mengapa kita bergantung kepada wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah kebajikan? Bukankan ia tugas agensi yang sedia ada? Seperti Jabatan Kebajikan, misalnya.

“Tentunya ada sesuatu yang sangat tak kena secara fundamental. Sekiranya saya seorang wakil rakyat, dan saya mempunyai lebih banyak wang, maka pastinya saya akan lebih popular kerana saya dapat berkhidmat (kepada rakyat dengan wang tunai).

“Saya dapat memberikan bakul makanan, sejumlah wang tunai, jika ada insiden kebakaran maka saya memberikan sejumlah wang. Maksudnya, jika saya mempunyai wang, maka saya lebih cenderung berjaya (sebagai ahli politik). Tentunya itu adalah sesuatu yang salah,” katanya.

Najib terima notis kebankrapan daripada pegawai LHDN

Shahril bercakap di webinar bertajuk ‘Recall Elections: A Solution to Party-Hopping in Malaysia?’ yang dianjurkan oleh Bait Al Amanah House of Trust pagi ini.

Dia menyentuh topik itu ketika berbicara mengenai dana yang sama untuk wakil rakyat bagi parti kerajaan dan pembangkang.

“Saya bercakap tentang wang yang datang melalui parti anda sendiri, wang yang sudah ada. Mengapa berikan kepada ahli politik? Untuk menambah pengaruh politiknya?

“Bukankah lebih baik wang itu digunakan untuk membiayai dengan betul … untuk membiayai agensi yang lebih baik yang dimaksudkan untuk melakukan tugas ini? Dan ahli politik ditugaskan untuk memastikan pelaksanaannya, melancarkan dan memudahkan bantuan yang datang dari agensi.

“Saya rasa masalah pendanaan, meski saya faham bahawa ahli politik memerlukan dana, tetapi itu mesti sesedikit mungkin. Supaya kita tidak mewujudkan persaingan yang tidak sama rata (antara ahli politik),” katanya.

Undi 18: Syarat umur perlu digabung dengan pendidikan politik, kata Hadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker