Kasino di Forest City dalam rundingan awal

Kasino di Forest City dalam rundingan awal

Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City – projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) di Johor yang sedang berdepan kemungkinan menjadi gajah putih, lapor Bloomberg.

Portal perniagaan itu memetik sumber yang menyebut Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam satu mesyuarat makan tengah hari minggu lalu untuk membincangkan perkara berkenaan.

Wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta pegawai kanan kerajaan lain, turut hadir pada mesyuarat itu, kata laporan tersebut. Sultan Ibrahim adalah antara pemegang saham projek itu.



Menurut laporan itu, perbincangan mengenai projek kasino berkenaan masih dalam peringkat awal.

Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada mulanya dirancang sebagai projek pembangunan kediaman bersepadu. Pembinaan dimulakan pada 2006, melibatkan konsortium pemaju hartanah China.

Pemajunya, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, adalah usaha sama antara Country Garden Group dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang disokong kerajaan Malaysia. Country Garden, sebuah syarikat di papan utama Bursa Saham Hong Kong, dan disenaraikan sebagai antara syarikat Fortune Global 500 dan adalah antara satu daripada tiga syarikat pemaju teratas China.

Sebelum ini ramalan adalah bahawa kawasan itu akan menarik pelaburan dan kekayaan dari China dan mewujudkan sebuah bandar moden baharu, yang didirikan di empat pulau buatan manusia di Selat Johor bersebelahan dengan Singapura.



Pulau pertama dirancang sebagai zon perindustrian berteknologi tinggi, diikuti oleh pulau kedua, sebagai daerah pusat perniagaan dan zon pelancongan. Pulau ketiga sepatutnya menjadi daerah kewangan dan ekonomi, manakala pulau keempat adalah sebagai persidangan dan forum. Keseluruhan pembangunan itu sepatutnya siap menjelang 2035.

Bagaimanapun, projek itu menghadapi masalah pada 2018 apabila perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan diberikan visa untuk tinggal di Forest City. Selanjutnya, kawalan mata wang yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping pada 2019 secara drastik menyekat bakal pelanggan dan serangan pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada projek berkenaan.

Hari ini, projek Forest City, yang digelar “bandar dalam laut”, adalah ibarat bandar hantu.

Projek kasino, sekiranya menjadi kenyataan, akan menjadi lesen kasino kedua negara yang diberikan oleh kerajaan, dan memberi rangsangan yang sangat diperlukan untuk “bandar hantu” itu, kata laporan Bloomberg.



Laporan itu menambah bahawa Country Garden juga berminat untuk mewujudkan kasino di kawasan pembangunan itu. Mk

Kasino di Forest City dalam rundingan awal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker