Cincin ‘Power’ tersekat di kemaluan, lelaki hampir maut

KLANG – Seorang lelaki warga Indonesia hampir ‘hilang’ nyawa apabila kemaluannya membengkak apabila cincin yang disarungkan pada kemaluannya gagal ditanggalkannya semula.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP ) Andalas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR ) di sini sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.07 petang.

Katanya, setibanya di lokasi mendapati kemaluan mangsa berusia 21 tahun itu didapati bengkak teruk akibat cincin yang disarungkannya.



“Siasatan awal mendapati kemaluannya itu membengkak sejak petang semalam sebelum pergi HTAR.

“Anggota kita kemudian menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin berkenaan dalam tempoh 20 minit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.- K!ONLINE

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir – Sumber



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker