Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi
KUANTAN: Keluarga pengamal perubatan tradisional yang maut dipercayai ditembak di Kampung Bukit Rangin Perdana 2 di sini pada malam Ahad enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian.
Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Lapor Sinar Harian, dalam kejadian itu, Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan.
Adiknya, Mohd Firdaus Masri, 29, meminta orang ramai supaya berhenti daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kematian abangnya itu.
Malah, katanya, dia kesal apabila ada pihak membuat andaian tidak berasas dan menyebar gambar mangsa di laman sosial.
“Ketika keluarga masih terkejut dan sedih dengan kejadian ini, ada pihak seolah-olah tidak menghormati perasaan kami dengan menyebarkan gambar arwah yang masih berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di sini pada petang Isnin.
Sementara itu, Mohamad Firdaus berkata, abangnya menjalankan perubatan tradisional sejak setahun lalu dan tinggal di rumah itu bersama ibunya.
[VIDEO] Panas !!! Pertandingan Sekumpulan Wanita Berbogel Beramai-ramai Di Ibukota Ditahan
“Ketika kejadian dia bersendirian di rumah kerana ibu ada urusan di luar.
“Saya dimaklumkan bahawa ibu ada menghubunginya sekitar jam 9 malam, namun panggilan tidak berjawab,” katanya.
Menurutnya, nasib menimpa mangsa itu hanya diketahui selepas ibunya pulang ke rumah.
“Ibu nampak abang berada dalam keadaan terbaring namun takut untuk mendekatinya lalu kejadian dimaklumkan kepada abang sulung.
“Bila abang datang, mangsa didapati berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, rumah dihuni abang dan ibunya itu sering dikunjungi tetamu yang datang untuk mendapatkan rawatan.
[VIDEO] 22 Mumia Era Zaman Firaun Diarak Di Jalanan, Mesir Raikan Khazanah Sejarah