Ibu Bapa mohon kerajaan perketat SOP di sekolah

PETALING JAYA: Para ibu bapa meminta kerajaan memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekolah-sekolah menjelang pembukaan semula sekolah menengah secara bersemuka bermula hari ini.

Seorang penjaga, Awasi Mohamad, 54, berkata, SOP yang ketat serta kawalan menyeluruh di sekolah perlu dilakukan termasuk selepas tamat sesi persekolahan kerana pelajar tidak termasuk dalam kategori penerima vaksin.

AWASI MOHAMAD

Menurutnya, sesi di dalam kelas perlu dihadkan dan ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan anak yang sihat sahaja dibenarkan ke sekolah.

“Bagaimanapun, saya setuju Kementerian Pendidikan kembali kepada kaedah bersemuka kerana tahap pencapaian pembelajaran secara maya ini masih jauh dan tidak sesuai di adaptasi.



“Hal demikian berlaku kerana kekangan yang dihadapi oleh pelajar luar bandar iaitu tidak mampu membayar talian internet dan masalah talian di beberapa tempat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi waris pelajar, Zainab Omar, 47, berkata, kebimbangan pembukaan semula sekolah secara bersemuka tetap ada. Tetapi melalui pengalaman selama satu tahun dengan norma baharu, keyakinan pematuhan SOP terhadap murid-murid dan guru dapat dipatuhi.

ZAINAB OMAR

Tambah Zainab, kementerian semestinya telah mengkaji sebarang risiko yang akan berlaku dengan pembukaan sekolah secara bersemuka.

Norly Suzieana Nordin, 46, pula memberitahu, statistik terkini kes positif Covid-19 masih tinggi dan amalan pematuhan SOP dilihat semakin longgar. Di samping itu, ada kebimbangan terutama berkaitan sekuat mana pematuhan SOP dalam kalangan pelajar dan wàrga sekolah.



“Oleh itu, pemantauan yang tegas daripada guru dan pengawas perlu dilakukan supaya dapat menghadkan pergerakan pelajar dalam persekitaran sekolah.

“Selain itu, lawatan mengejut dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memantau senario harian sekolah serta bantuan pihak Polis Diraja Malaysia untuk lawatan berkala semua sekolah,” ujarnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker