[VIDEO] Lalat Pun Dah Start Hurung.. Pelik Kereta Berbau Busuk, Rupanya Reptilia Ini Yang Menumpang…

SEORANG wanita tergamam apabila menyedari terdapat titisan darah daripada bonet hadapan kenderaanya ketika berhenti di sebuah stesen minyak.

Dalam perkongsian di laman sosial Twitter, Adila Kaman berkata dia mula menyedari sesuatu yang aneh berlaku apabila dia menghidu bau seakan bangkai daripada pendingin hawa keretanya.

Dalam bebenang ciapannya yang kini dikongsikan hampir 30,000 pengguna Twitter, Adila berkata dia hairan apabila terdapat lalat menghurung kenderaanya.

VIDEO DIBAWAH:-

https://twitter.com/i/status/1377570271377321984

“Tiba-tiba balik kerja, kereta bau macam bangkai. Kebetulan berenti nak pi boh (mengisi) angin tayar, lepas tu perasan macam ada darah menitik. Likat. Banyak lalat besar datang hurung. Nak buka (bonet), tapi takut.

“Tengok depan macam tak ada kesan langgar apa-apa. Lagipun darah macam menitik dari dalam kereta.

“Tunggu bantuan sampai. Dari sini pun sudah boleh bau bangkai. Lalat pun hurung balik,” memetik ciapannya.

Selepas diperiksa oleh rakan-rakannya, Adila terkejut apabila mereka mendapati terdapat seekor ular sawa bersaiz sebesar lengan orang dewasa.

Lebih mengejutkan apabila reptilia itu melingkar dalam ruang sempit bahagian enjin keretanya.

“Mereka keluarkan bateri kereta untuk alihkan ular, lepas itu mereka hairan kenapa tak boleh hidupkan enjin kereta untuk pusingkan tayar.

“Ular tu sudah keras melilit. Nak kena buka fender (pengadang) untuk keluarkannya.

“Baunya sangat kuat, mereka kena pakai topeng muka semasa lakukannya.

“Saya tak pasti bila (ular) itu mati sebab pagi tadi pergi kerja, tak ada bau. Kalau tidak mesti dah perasan sebab busuk gila,” katanya.

Setelah ular itu dikeluarkan, mereka menyukat panjang ular itu dengan pita penyukat dan mendapati panjang bangkai ular itu kira-kira 3.6 meter.

Kerja-kerja untuk mengeluarkan bangkai ular sawa itu agak sukar kerana saiznya yang besar dan ia telah melilit pada bahagian dashboard kereta. Setelah tiga jam, barulah bangkai ular sawa yang bersaiz lengan lelaki dewasa dan panjang lebih tiga meter berjaya dikeluarkan.

VIDEO DIBAWAH:-

https://twitter.com/i/status/1377607294863609856

 

 

Menurut Adila, dia sendiri tidak pasti dari mana bangkai ular sawa tersebut datang kerana tempat tinggal Adila dan tempat kerjanya tidak mempunyai kawasan hutan di sekitarnya.

Semoga pengalaman yang dikongsikan ini dapat membuat anda lebih berhati-hati dan sekali-sekala buka memeriksa bahagian bonet enjin hadapan kerana kadang-kadang ada ‘penghuni’ tidak diundang.

 Adila berkata dia tidak menyangka perkongsiannya tular, selain menyifatkan dia sekadar bercerita mengenai pengalaman yang dilaluinya dan dalam masa yang sama berharap pemandu lain lebih berjaga-jaga.

“Saya minta maaf kalau ada yang rasa tak sesuai kongsi gambar bangkai ular. Ada juga kecam kata kami bunuh sedangkan ular tu mati dah lama, siap ada darah dan bau busuk.

“Bagi mereka yang lain, sentiasalah periksa keadaan kereta masing-masing. Kalau rasa pelik seperti terbau atau terdengar sesuatu, elok hubungi bomba atau rakan-rakan untuk minta pertolongan,” ujarnya lagi.

[VIDEO] Lelaki Terkejut Tiba Tiba Ular Tedung Dalam Mangkuk Tandas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker