Tajuddin ‘sembang kosong’ dan ‘tiada kredibiliti, pecat segera Pengarah PRU BN

KUALA LUMPUR : Pengarah Pilihan Raya Umum Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disifatkan tidak mempunyai kredibiliti untuk mengemudi jentera parti itu dan hanya memecah-belahkan jentera di peringkat bahagian.

Sehubungan itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa Tajuddin ditukar dengan kadar segera bagi mengembalikan kemenangan parti itu.

Selain itu katanya, beberapa kenyataan Tajuddin juga hanya disifatkan kepada ‘sembang kosong’ dan tidak membantu jentera parti.

“Saya juga ingin menempelak kenyataan beliau yang menyatakan dalam temubual bersama sebuah portal sebelum ini yang mendakwa Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) .

“Saya saksi yang beliau hadir dan turun di setiap PRK serta turun membantu calon-calon BN sepanjang PRK. Beliau fokus di tempat-tempat ceramah. Cuma tidak bersama di ceramah Muafakat Nasional sahaja. Itu pun bukan beliau tidak mahu hadir. Masing-masing mempunyai peranan sepanjang PRK,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca Berkaitan:

Gerakan menjatuhkan Zahid, Tajuddin Pernah Lakukan Tahun Lalu – Shahidan

 

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

Tambah Muqharrabin, beliau turut mendapat banyak maklum balas negatif dari rakyat berkenaan BN.

“Ya, ramai yang rindukan BN, tapi mereka tidak suka dengan perangai dan muka-muka pemimpin yang lama. Bukan mereka tidak berjasa, tetapi rakyat mahu BN menampilkan calon-calon baharu yang lebih wibawa demi kemenangan PRU 15 .Justeru, saya amat menyeru kepada Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar berani menampilkan muka baharu untuk PRU-15 kali ini.

“Sekiranya rakyat minta poster bakal Perdana Menteri kita bukan Presiden sendiri, saya yakin beliau (Ahmad Zahid) begitu berjiwa besar untuk memilih sesiapa sahaja demi UMNO dan rakyat. Saya percaya, sekiranya Presiden berani melakukan hal ini, beliaulah akan menjadi punca kejayaan BN untuk PRU ke 15 dan akan diangkat sebagai wira sebenar UMNO sepanjang zaman,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Baca Berkaitan:

Hadapi Pertuduhan Mahkamah, Berehat atau Letak Jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker