Bekerjasama dalam MN, Bersatu masih terbuka

Sebaran :

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih terbuka untuk bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan oleh UMNO dan PAS, kata Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, parti itu mementingkan kesatuan dalam kerjasama politik, namun pada masa sama, mahu memperkukuhkan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang sedia ada.

“Sikap kita (BERSATU) sentiasa terbuka, kita sentiasa mendahulukan penyatuan. Kita mahukan kesatuan yang sedia ada dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Wan Saiful berkata, agenda BERSATU adalah jelas, iaitu mewujudkan kesatuan politik negara, sekali gus membentuk kerajaan yang stabil dan membawa manfaat kepada rakyat.


Sebaran :

Leave a Reply