‘Ketum’ lebih kurang sama, jangan ambil kesempatan pula
BAGAN SERAI: Polis Perak berharap masyarakat tidak akan mengambil kesempatan daripada galakan kerajaan negeri berhubung penanaman ketum ayam dengan menanam pokok ketum.
Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketum ayam dan ketum adalah dua tumbuhan berbeza sekalipun mempunyai fizikal hampir sama.
“Nama ketum ayam ini dipanggil kerana rupa fizikal daun pokok ini menyerupai daun pokok ketum dan diguna pakai sebagai sumber alternatif pemakanan haiwan ternakan seperti ayam.
“Ketum pula adalah sejenis tumbuhan yang boleh menyebabkan ketagihan kepada manusia dan telah dilarang penggunaannya di negara ini,” kata beliau pada sidang media selepas lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini
“Kalau mahu petik dan memiliki sehelai daun ketum dan menyimpannya juga adalah kesalahan mengikut Akta Racun,” tambah beliau.
Polis nafi wujud konflik kepentingan dalam kes Anwar, pembantu
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Zainol Fadzi Paharuddin dilapor menggalakkan penduduk kampung menanam pokok ketum ayam yang daunnya dikatakan sesuai sebagai makanan ternakan, sekali gus dapat mengurangkan kos makanan untuk ternakan.
Carian Internet mendapati ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea berasal dari Amerika Selatan, sementara ketum yang nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah tanaman asal di Asia Tenggara.
Sementara itu, dalam ucapan, Mior Faridalathrash berkata, polis Perak berjaya mengutip RM14.7 juta bayaran kompaun menerusi Kempen Diskaun Saman yang bermula dari 15 hingga 31 Mac lalu
Angka itu meliputi 124,342 saman atas pelbagai kesalahan, kata beliau.
Isu kemerosotan pendapatan Syarikat Senaraian Awam perlu ditangani – Wahid Omar
You must be logged in to post a comment.