Berjayakah Afdlin dan Altimet dalam arena politik?


RAMAI artis yang menceburi bidang politik, tetapi mereka hanya sekadar menumpang mencari rezeki.

D.J Dave contohnya dahulunya kononnya penyokong tegar Barisan Nasional (BN), tetapi apabila BN tumbang, tengah malam itu juga terus menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sedangkan sebelum itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalurkan dana berjuga kepada pertubuhan bukan kerajaan yang beliau terajui.

Datuk Hattan dan Datuk Nash kekal dengan BN atau UMNO khususnya hinggakan pembayaran kerja-kerja yang dibuat untuk stesen televisyen disekat dan disebagainya apabila kerajaan berubah.

Aishah sebelum ini masuk Pas dan sehingga hari ini beliau masih menjadi mangsa serangan netizen yang berpihak kepada pihak lawan.

Ramai lagi artis sebenarnya termasuk pelawak Sharul Shiro yang berkempen di atas pentas BN. Shahrul contoh artis yang berjaya berkempen melalui lawak beliau.

Terkini Datuk Afdlin Shauki dan penyanyi Altimet mengumumkan masuk PKR. Ia tidak menjadi masalah sebenarnya jika kita semua berfikiran terbuka, tetapi setakat ini netizen atau rakyat Malaysia belum berfikiran terbuka dalam banyak hal terutama fahaman politik.

Politik menjadi isu yang sangat sensitif yang boleh meruntuhkan rumah tangga dan merosakkan keharmonian negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terang-terangan menyatakan bakal menggunakan dua ikon artis itu untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada anak muda.

“Saya tertarik dengan mereka ini dan ‘salute’ keberanian mereka bersama mengharungi perjuangan kita. KEADILAN ini bukan parti politik biasa yang berebut jawatan, kawasan atau pemerintahan.

“Mesejnya adalah reformasi.. pemerkasaan politik, ekonomi, budaya termasuk seni..muzik, perfileman dan lain-lain. Tanpa pemerkasaan ini elit yang akan menentukan. Sebab itu politik ini memerlukan suntikan semangat dan dukungan semua,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo di sini, malam tadi.

Presiden KEADILAN itu juga memaklumkan sebelum ini pelakon Hans Isaac turut sama menyertai KEADILAN sejak tahun lalu.

“Nampaknya semua seniman, ahli muzik, penyanyi bersama KEADILAN sekarang ini,” katanya.

Pada program itu juga menyaksikan Afdlin dan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman sah menyertai KEADILAN selepas masing-masing menerima kad keahlian.

Walaupun artis ini bukanlah golongan muda, tetapi dek kerana golongan muda lebih gemarkan hiburan jadi kehadiran mereka akan menarik golongan berkenaan.

Afdlin pula terkenal dengan lawak yang berkualiti pastinya dapat mempengaruhi pemikiran anak muda, begitu juga Altimet penyanyi rap yang lirik lagunya sentiasa sarat dengan nasihat.

Apa juga niat semoga pembabitan artis di dalam dunia politik tidak hanya sekadar mencari makan, tetapi menyumbang kepada pembangunan minda masyarakat dan keharmonian negara. SM

[VIDEO] Saya mahu lihat Anwar jadi PM- Afdlin Shauki, Altimet sertai PKR secara rasmi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker