Prebet Adam meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Adam Jaafar, 60, atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987, meninggal dunia pada Selasa.

Dia dikatakan meninggal dunia tengah hari Selasa di Hospital Pulau Pinang, lapor MalaysiaGazzette.

Adam yang berasal dari Sungai Pinang, Geoge Town dikebumikan di Dato Keramat, namun ahli keluarganya yang dihubungi portal itu enggan memberi sebarang komen.

Sementara itu, portal PenangKini melaporkan, dia menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Nama Prebet Adam tidak asing lagi, kerana pernah menggegarkan negara dengan satu peristiwa amukan berdarah di Jalan Chow Kit kira-kira 32 tahun lepas.

Dalam insiden tersebut, Adam telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan seorang lelaki yang sedang melalui kawasan itu terbunuh.

Adam yang ketika itu berusia 26 tahun telah terlepas daripada hukuman mati sebaliknya dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan apabila disahkan berada dalam keadaan tidak siuman sewaktu tragedi itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker