[VIDEO] Mahu pemilihan parti? Letak jawatan menteri dulu supaya UMNO tidak ditomah guna kedudukan – Ketua Pemuda UMNO — MYKMU.NET

[VIDEO] Mahu pemilihan parti? Letak jawatan menteri dulu supaya UMNO tidak ditomah guna kedudukan – Ketua Pemuda UMNO



Sebaran :

KUALA LUMPUR – Semua menteri dan timbalan menteri daripada UMNO wajar melepaskan jawatan dalam Kabinet terlebih dahulu sebelum mengadakan pemilihan parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu perlu bagi mengelak UMNO berterusan menjadi bahan tohmahan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita serah kepada Majlis Tertinggilah untuk bincang perkara ini. Tapi, eloklah kalau kita nak percepatkan saya rasa cara yang terbaik adalah semua menteri-menteri Kabinet dan timbalan menteri dapat undurkan diri.



“Kalau boleh pertandingan tanpa apa-apa jawatan tanpa kita takut ada orang mainkan isu ataupun fitnah menggunakan jentera kerajaan menggunakan kedudukan untuk pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas Forum Demokrasi di Malaysia di
sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini yang mahu langkah untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO adalah dengan menyegerakan pemilihan parti.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Instastorynya menggesa agar pemilihan yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas pilihan raya umum (PRU).



Katanya, UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

Bagaimanapun, Asyraf berkata, UMNO belum membuat apa-apa keputusan lagi berhubung pemilihan.

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO beliau bersetuju agar semua menteri-menteri dan timbalan menteri mengundukan diri daripada kerajaan Perikatan Nasional terlebih dahulu sebelum mahu pemilihan parti diadakan. – MalaysiaGazette



Demokrasi UMNO: Zahid Alu – Alukan Cabaran Jawatan Presiden, Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik


Sebaran :


Leave a Reply