Nike nafi keluarkan kasut titis darah ‘Satan Shoes’, fail tuntutan terhadap MSCHF
WASHINGTON: Jenama sukan terkemuka Nike memfailkan tuntutan saman terhadap syarikat MSCHF berikutan pelancaran kasut ‘Satan Shoes’ bersama rapper terkenal Lil Nas X, baru-baru ini.
Dalam tuntutan itu, Nike mendakwa MSCHF melanggar tanda dagang kerana menggunakan Air Max 97 sebagai inspirasi untuk ‘Satan Shoes’, dengan menambah dakwat merah yang menggunakan darah manusia di bahagian tengah kasut itu.
Kata syarikat itu, ia mungkin memberi persepsi kepada pengguna kononnya Nike mengeluarkan produk tersebut.
Ekoran itu, Nike menggesa orang ramai supaya memboikot stor kasut MSCHF di seluruh negara.
Dalam tuntutan itu, syarikat itu juga ada menyebut yang tindakan itu dibuat ekoran untuk menjaga jenama serta melindungi harta intelektualnya, serta mengelakkan kekeliruan.
Setakat ini, Nike tidak pernah mempersetujui atau mengizinkan MSCHF untuk menghasilkan ‘Satan Shoes’.
These Shoes Contain a Drop of Human Blood, Nike Does Not Approve
You must be logged in to post a comment.