Forum Demokrasi: Jangan jadikan propaganda subahat dengan PH


AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu kehadirannya dalam Forum Demokrasi Malaysia hari ini dijadikan bahan propaganda sebagai bersubahat dengan pemimpin Pakatan Harapan.

Najib berkata, beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada awalnya turut memberi persetujuan untuk hadir dalam forum anjuran Institut Strategi Antarabangsa.

“Hari ini saya dijadualkan untuk memberi ucapan penutup acara dalam sebuah forum demokrasi berparlimen.

“Sebelum pihak sebelah sana menjadikannya sebagai propaganda bahawa Najib bersuhabat dengan PH sebab ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PH juga hadir, saya nak beritahu bahawa beberapa pemimpin-pemimpin PPBM termasuk speaker Dewan Negara Rais Yatim dan menteri kerajaan telah menarik diri pada saat-saat akhir.

“Selepas itu, speaker Dewan Rakyat juga tarik diri. Masa saya setuju, Rais Yatim dijadualkan untuk memberi ucapan pembukaan forum yang dikatakan adalah forum tidak partisan. Entah kenapa mereka tarik diri pada saat-saat terakhir. Mungkin ada arahan dari kerajaan kot,” kata Najib.

Forum itu antaranya membariskan panelis pimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Khalid Samad (Amanah- Shah Alam).

Juga ditampilkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan. SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker