Pemuda Umno Kelantan cabar MP jadi anak jantan letak jawatan
Pemuda Umno Kelantan menggesa kepimpinan parti itu supaya “bercerai” atau memutuskan hubungan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta-merta.
Perwakilannya Wan Mohamed Rosman Hassan, berkata pihaknya mendesak kepimpinan Umno pusat “menjadi anak jantan” seperti kepimpinan Umno Kelantan.
“Akhir sekali kami sebulat suara menyatakan pendirian pada hari ini bahawa kami mahu kepimpinan pusat memutuskan terus hubungan dengan dengan kerajaan PN, keluar dengan serta-merta.
“Tidak perlu tunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), putuskan segera.
“Kita bukan nikah mutaah, tiada tempoh untuk bercerai. Kita ini janda kaya menjadi rebutan,” katanya.
Menurut Wan Mohamed Rosman lagi jika sebelum ini Pemuda Umno pernah didesak untuk menjadi anak jantan maka pada hari ini mereka menuntut dan mendesak semua ahli parlimen Umno menjadi jantan.
Justeru katanya mereka yang berkenaan perlu meletak jawatan sama ada yang dipegang dalam kabinet atau syarikat berkaitan kerjaan (GLC).
“Jadilah anak jantan seperti Pengerusi (Umno Kelantan) Ahmad Jazlan Yaacob, tanpa rasa takut dan gentar,” katanya ketika berbahas pada perhimpunan sayap Pemuda Umno hari ini.
Pada 4 Jan lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang, berundur daripada tugasnya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ia merupakan jawatan yang diberikan kerajaan PN baru-baru ini.
Langkah itu kemudian diikuti dengan keputusannya menarik sokongan selaku ahli parlimen kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN.
Selain itu, Umno juga turut membuat ketetapan memutuskan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU ke-15.
Bagaimanapun ahli Parlimen parti itu masih lagi menyokong kerajaan PN sehingga parlimen dibubarkan.
Wan Mohamed Rosman berkata, sebagai jurucakap Pemuda Umno dari Kelantan dia tidak takut untuk menyatakan sesuatu yang dirasakan benar demi perjuangan dan kelangsungan parti.
Katanya, Umno ketika sedang “lapar untuk berkhidmat” ketika parti itu masih menjadi sebahagian daripada kerajaan PN.
“Bercakap mengenai berkhidmat saya terpanggil untuk menyebutkan bahawa Umno sekarang ini lapar untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Walaupun Umno pada hari ini dalam kerajaan tetapi kita tetapi outreach (capaian) kepada rakyat.
“Kita tidak diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat.
“Sebagai contoh dalam kerajaan sekarang ini kementerian yang dekat dengan rakyat tidak diberi kepada Umno,” katanya lagi.
Mk
https://mykmu.net/2017/11/29/pas-anggap-mahfuz-kurang-jantan/
You must be logged in to post a comment.