Zahid saman Malaysiakini RM220 juta kerana beri gambaran salah

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan saman fitnah bernilai RM220 juta terhadap Malaysiakini berhubung laporan liputan perbicaraan kes rasuahnya.

Tuntutan itu, yang diajukan pada 24 Mac, memetik 22 artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini, termasuk empat artikel Bernama, serta komen pembaca.

Presiden Umno itu kini dibicarakan berhubung 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram.

Saman itu menamakan Malaysiakini, ketua pengarang Steven Gan, dan seorang wartawan sebagai defendan.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, pasukan undang-undang Zahid berpendapat bahawa beberapa artikel, termasuk yang ditulis oleh Bernama, telah salah melaporkan atau memberi gambaran yang salah mengenai prosiding mahkamah, dan menimbulkan gambaran negatif terhadap presiden Umno itu.

Bekas menteri gesa Putrajaya saman Goldman Sachs kerana salah nasihat 1MDB

Selain menuntut ganti rugi, presiden Umno itu juga meminta perintah injuknksi untuk melarang penerbitan artikel dan komen pembaca yang memfitnah.

Peguam Zahid mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Malaysiakini pada Ogos lalu mengenai artikel dan komen dalam artikel tersebut.

Peguam Malaysiakini K Shanmuga menjawab LOD itu pada bulan yang sama untuk meminta penjelasan lebih lanjut.

“Pemberitahuan permintaan anda tidak menjelaskan dengan jelas kata-kata dan atau komen tertentu di lampiran yang didakwa memfitnah anak guam anda, tetapi membuat pernyataan umum bahawa semua laporan berita tersebut memiliki makna yang sama, dan didakwa sebagai fitnah kepada anak guam anda,” tulis peguam Malaysiakini.

Pihak Zahid tidak menjawab permintaan untuk penjelasan itu.

Bagaimanapun, pihak plaintif telah menyatakan bahagian mana dari artikel dan komen yang mereka percayai sebagai fitnah dalam tuntutan yang diajukan pada hari Rabu.

Tuntutan itu difailkan oleh Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq.

Keputusan politik besar Umno menyusul – Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker