Undi18 saman kerajaan minggu depan


NGO Undi18, penggerak utama di sebalik kejayaan pindaan untuk menurunkan usia pengundi dan pendaftaran automatik, akan memfailkan saman terhadap kerajaan minggu depan.

Dalam kenyataan, Undi18 berkata tindakan akan difailkan pada 2 April itu bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara automatik mendaftar semua yang berusia antara 18 hingga 21 tahun sebagai pengundi susulan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

NGO itu berkata, ia mahu kerajaan mematuhi janjinya untuk melaksanakan pindaan yang telah diwartakan itu.

“Undi18 percaya belia antara usia 18 hingga 20 tidak sepatutnya dinafikan hak perlembagaan mereka untuk mengundi. Kami percaya setiap undian adalah penting dalam sesebuah demokrasi.

“Sebarang penangguhan lanjut dalam pelaksanaan RUU Undi18 akan secara sistematik mendiskriminasi terhadap suara golongan muda.”

Dalam kenyataan semalam, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata persediaannya tergendala akibat pandemik Covid-19, seterusnya menangguhkan pelaksanaannya paling awal sehingga September 2022.

Menurutnya, SPR komited melaksanakan pendaftaran pengundi automatik dan Undi18 sesuai dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 2023 mengikut Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut rekod mereka, penangguhan itu akan menjejaskan kira-kira 1.2 juta rakyat berusia antara 18 hingga 20 tahun. FMT

Siapa yang janji nak laksana Undi18 tahun ini, soal Azmin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker