PN juga bersalah dalam kemelut Undi18

KOTA KINABALU: Penganalisis berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak membantu dirinya dengan tidak memastikan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun dilaksanakan tahun ini.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata, kerajaan mendedahkan diri kepada kritikan terbuka, terutama oleh pembangkang.

“Persepsi orang awam boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak kerana isu ini boleh diputar belit, sekali gus mewujudkan keadaan yang tidak memihak kepada kerajaan,” katanya kepada FMT.

“Namun pada masa sama, ia meletakkan pembangkang di persimpangan sama ada mahu terus mendesak supaya pilihan raya kilat diadakan atau menunggu sehingga Undi18 berjalan.

Tony Paridi Bagang

“Untuk bersikap adil kepada kerajaan, ia tidak boleh terburu-buru melaksanakannya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain yang terlibat belum bersedia.

Semalam, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata, pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun dijangka tertangguh sehingga September 2022.

Beliau berkata, perintah sekatan susulan wabak Covid-19 mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar berkenaan.

Pendedahan beliau mencetuskan kritikan daripada ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO), dengan sebuah daripadanya, iaitu Undi18, merancang untuk mengheret Putrajaya ke mahkamah berikutan penangguhan itu.

25 MP desak kerajaan beri moratorium pinjaman menyeluruh

Romzi Ationg.

Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Romzi Ationg berkata, kelewatan itu mengisyaratkan bahawa kerajaan tidak meyakini pandangan politik orang muda.

“(Mungkin) ahli politik dalam kerajaan berpandangan semua orang muda akan mengundi menolak mereka,” katanya.

Romzi berkata, golongan muda tidak mempunyai banyak bagasi politik, dan ini bermakna mereka lebih berminat untuk keluar mengundi berbanding pengundi lebih tua.

Katanya, orang muda juga boleh memainkan peranan penting dalam membasmi budaya lompat parti.

Lee Kok Tiung.

Lee Kuok Tiung, juga dari UMS, tidak percaya orang muda lebih cenderung untuk mengundi kumpulan politik tertentu.

Walaupun wujud anggapan bahawa orang muda akan mengundi pembangkang, namun katanya, parti politik masih boleh berusaha memenangi sokongan golongan itu.

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa pengundi 18 tahun bersama-sama atau akan menyokong mereka, sama ada DAP, Pakatan Harapan (PH), PN atau pun Barisan Nasional (BN).

“Menyedihkan juga kerana kini tidak jelas sama ada mereka yang berumur antara 18 dan 20 tahun akan turut serta dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana

Lee berkata, walaupun bersetuju umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, namun beliau kurang bersetuju dengan pendaftaran automatik.

Ini katanya, antara lain susulan dakwaan serta isu berkait pengundi hantu, kad pengenalan palsu dan Projek IC di Sabah.

“Kita tahu ini berada di luar skop bidang kuasa dan tanggungjawab SPR untuk menyiasat kad pengenalan dan sijil kelahiran yang disyaki palsu.

“Namun kita perlu menyelesaikan semua isu ini terlebih dahulu sebelum meneruskan pendaftaran automatik, katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker