Cubaan bunuh PM, menteri: Kenapa Muhyiddin tak maklumkan, tanya PH


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam ini membangkitkan persoalan mengapa Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan mengenai wujudnya rancangan menyerang pemimpin negara pada 2020.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lewat malam ini Majlis Presiden PH berkata pendedahan pegawai kanan Bukit Aman mengenai rancangan serangan ganas itu berlaku ketika Muhyiddin berkhidmat sebagai menteri dalam negeri.

Untuk rekod ketika itu kabinet Malaysia – termasuk Muhyiddin – diketuai Dr Mahathir Mohamad.

“Kami kesal atas sikap Muhyiddin yang merupakan menteri dalam negeri pada waktu itu yang gagal memaklumkan perkara berkenaan kepada pimpinan PH serta rakyat Malaysia amnya.

“Kegagalan tersebut menimbulkan persoalan motif sebenar perkara ini disembunyikan daripada pengetahuan pemimpin berkenaan dan kerajaan PH,” kata kenyataan tersebut.

Ia ditandatangani Pengerusi PH merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Siang tadi seorang pegawai kanan Bukit Aman mendedahkan Cawangan Khas Counter Terorisme (E8) menahan seorang lelaki yang mengaku merancang untuk melakukan serangan ke atas beberapa pemimpin utama kerajaan.

Menurut Penolong Pengarah E8, Azman Omar, lelaki terbabit ditangkap pada Jan 2020 dan mengaku merancang mahu menyerang Mahathir, Lim – ketika itu menjadi menteri kewangan – dan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof serta Tommy Thomas yang menjadi peguam negara.

Bagaimanapun rancangan itu dapat ditumpaskan apabila lelaki terbabit ditangkap.

Untuk rekod Polis Diraja Malaysia berada di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.

Majlis Presiden PH berkata mereka mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana bertindak pantas dan tegas menggagalkan cubaan tersebut.

Namun katanya sikap Muhyiddin yang tidak memaklumkan mengenai ancaman tersebut menimbulkan tanda tanya.

“Oleh itu, kami menggesa Muhyiddin untuk memberikan penjelasan di atas perkara ini pada kadar segera,” katanya. Mk

Dap dan Amanah tidak puas hati Anwar berjumpa dengan Hamzah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker