PAU 2021, Presiden PAS dan Timbalan Sahkan Kehadiran Mahu MN Terus Kukuh

 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man setuju untuk hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 pada hujung minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di Facebook hari ini.



“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) dan saya telah menerima jemputan untuk menghadiri Persidangan Agung Umno pada 28 Mac ini. Insya-Allah, akan hadir.

“Semoga penyatuan ummah yang menjadi teras Muafakat Nasional akan terus diperkukuhkan,” katanya.

Pertemuan Zahid, Kuli dan Najib: Memperkukuhkan Parti & Memahami Denyut Nadi Akar Umbi



Semalam, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memaklumkan bahawa parti itu telah menghantar surat undangan kepada Hadi dan Tuan Ibrahim pada 3 Mac lalu.

Ia bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dua hari sebelumnya bahawa dia tidak mempunyai maklumat mengenai jemputan partinya ke perhimpunan berkenaan.

 

Ia sekaligus menimbulkan desas-desus pemerhati politik terhadap status terkini hubungan di antara kedua-dua parti yang membentuk Muafakat Nasional (MN) itu.



Ia khususnya selepas Umno memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15, manakala PAS dilihat lebih mesra dan selesa bersama parti itu dan menjadi sebahagian daripada komponen Perikatan Nasional (PN).

Terbaru, Umno Kelantan meminta PAS negeri itu membuat keputusan jelas sama ada mahu bekerjasama dengan Umno atau Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Setiausaha Umno Kelantan Akbar Salim berkata, usul itu dipersetujui 12 daripada 13 ketua Umno bahagian di negeri itu.

 



Ketetapan MKT Kekal, Jangan Cepat Melatah Cerita-Cerita Tidak Untungkan UMNO – Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker