Kanak-kanak cedera dicucuk garpu wanita kurang siuman

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan selepas dicucuk garpu oleh seorang wanita dipercayai kurang siuman di Taman Mount Austin di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata dalam dalam kejadian jam 8 pagi itu, kanak-kanak perempuan tersebut telah didatangi seorang wanita.

“Wanita terbabit bertindak dicucuk menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan.”Kemudian wanita itu bertindak melarikan diri.Wanita berkenaan dipercayai kurang siuman,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.



Menurut Mohd Fadzli, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya, jika disabitkan dengan kesalahan.

Rompak Taska Guna Senapang Angin, Penyelia dan Kanak – Kanak Berdepan Detik Cemas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker