Isu Korea Utara: Polis Johor pantau lokasi sensitif

 

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi sensitif di negeri ini ekoran ketegangan hubungan negara dengan Korea Utara baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi berkenaan atas faktor keselamatan.



“Kita melakukan pemantauan berterusan dengan bantuan pihak cawangan khas. Lokasi penting yang ada berkaitan dengan Korea Utara ini kita akan pantau dan akan tingkatkan lagi kawalan keselamatan di lokasi sasaran.

Jakim, kementerian pantau isu kartel daging haram

“Saya hanya boleh maklum secara umum sahaja, lokasi sebenar tidak boleh dikongsikan kerana ini sasaran penting,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena sambutan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK ) Johor di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan Pengarah dan Ketua Polis Negeri untuk meningkatkan kesediaan dalam memantau akan berlaku perkara tidak baik berhubung isu terbabit.

Zahid dalam Majlis Presiden PN untuk pantau dasar kerajaan – Tajuddin



Pyongyang sebelum ini mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat lalu.

Ia berikutan seorang rakyatnya yang menetap di negara ini, Mun Chol Myong telah diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker