Tok Mat tetap mahukan ‘post mortem’ walaupun BN menang
SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) akan melakukan ‘post mortem’ dalam masa terdekat berhubung prestasi parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengarah PRN Melaka BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ‘post mortem’ itu bertujuan membuat penilaian selain merangka tindakan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuhkan BN di peringkat negeri dan seluruh negara.
“Saya sudah arahkan ‘war room’ (bilik perang) saya buat ‘case study’ (kajian kes), macam-macam ‘case study’. Kita dalam berperang ini macam-macam medan tempur yang kita lalui dan medan tempur itu bukan seragam, ada medan tempurnya begitu, begini.
“Coraknya ada pelbagai-bagai corak dan apa yang hendak dikaji adalah keberkesanan jentera kita kalau berhadapan misalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) berlainan sebab kepelbagaian ini berbeza-beza antara tempat,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai Majlis Perasmian Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) di sini pada Ahad.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pihaknya sebelum ini berhadapan dengan pelbagai keadaan dan situasi, namun ia dijadikan penilaian bagi menggariskan strategi dan langkah yang perlu diambil pada masa hadapan.
“Jadi keadaan-keadaan ini kita kutip dan diambil untuk dijadikan sebagai uji kaji. Jika ini berlaku semula apa langkah kita seterusnya dan kita tak mahu orang kata ‘jatuh terduduk’.
“Alhamdulillah…kita menang banyak di PRN Melaka kerana kita dapat menyesuaikan keadaan pada ketikanya,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihaknya turut mengambil isu-isu yang boleh dijadikan sebagai teladan sekali gus memberi contoh yang boleh diikut.
“Kita juga perlu kikis daripada kebiasaan kita. Ini penting dan bukannya apabila kalah baru buat ‘post mortem’ malah sudah menang juga kita kena buat ‘post mortem’,” katanya.
Pada Sabtu BN menang besar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya menawan 21 daripada 28 kerusi DUN pada PRN Melaka.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.
Tok Mat tetap mahukan ‘post mortem’ walaupun BN menang
Baca Artikel Menarik:
- PAS harus kembali kepada UMNO – Ahli akademik
- PRN Melaka: 4 pengerusi negeri dari PPBM, PAS, DAP dan Gerakan tewas
- Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka
- Walaupun tewas saya tak akan kembali kepada UMNO – Muhyiddin
- Selepas tewas, Nik Abduh ucap tahniah kepada BN, minta PAS muhasabah
- PRN Melaka: Rauf tewaskan ‘Katak Politik’
- Sudah salah jalan buat ‘keras’ pula
- Menyamar jadi doktor sakit puan minta gambar alat sulit pesakit
- Arab Saudi bina kompleks industri terapung terbesar dunia [VIDEO]
- Pilihan pelaburan untuk nikmati pendapatan RM7,000 sebulan
- Roti canai terbang landing atas kepala pelanggan (video)
- PRN Melaka: Sah wujud dua kem dalam Bersatu
- ‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.