Umno Kelantan putus hubungan dengan PPBM, kata pendirian Ketereh ‘terpencil’
PETALING JAYA: Umno Kelantan mengumumkan ia memutuskan hubungan dan kerjasama dengan PPBM, dan mahu PAS membuat keputusan “jelas dan segera” sama ada bersama Umno atau PPBM menghadapi PRU15.
Setiausaha Akbar Salim dalam kenyataan berkata hubungan itu diputuskan dalam mesyuarat Umno Kelantan semalam, sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 daripada 13 mesyuarat bahagian sebelum ini.
“Umno Kelantan tetap dan terus bersolidariti,” kata Setiausaha Akbar Salim dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Akbar juga memaklumkan pendirian Umno Ketereh pimpinan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, yang menghantar surat kepada Presiden Ahmad Zahid Hamidi bagi menyatakan ketetapan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional “kes terpencil”.
“Kerana tidak melalui Badan Perhubungan Umno Kelantan,” tambahnya.
Ketetapan oleh Umno Ketereh itu antara lain mengesyorkan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memulakan rundingan pembahagian kerusi untuk PRU15, yang dilaporkan mencabar kerana Umno mahukan semua kerusi tradisi yang dimenanginya pada PRU14, termasuk yang disandang beberapa wakil rakyat PPBM. FMT
You must be logged in to post a comment.