SPRM tak mahu siasat isu kartel poliskah, tanya Gobind
Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membisu soal dalam isu kartel dan rasuah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti dibangkitkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador
Kata Gobind, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki harus menyatakan secara terbuka mengenai apakah tindakan seterusnya yang akan diambil agensi antirasuah itu berhubung dakwaan Abdul Hamid.
“Saya menggesa Azam untuk berhenti membisu dan menyatakan secara terbuka apa yang SPRM akan lakukan terhadap dakwaan berlaku amalan korup dalam PDRM seperti dinyatakan Abdul Hamid.
“SPRM tidak mahu siasatkah untuk mencari kebenaran terhadap dakwaan-dakwaan ini?” soalnya di Facebook.
Kata Gobind, sebagai ketua SPRM, Azam Baki tidak boleh berdiam diri di kala tuduhan itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan orang awam.
“Ini (sesuatu yang) tak pernah kita hadapi sebelum ini.
“Bukan pegawai polis biasa – tetapi ketua polis sendiri – mengumumkan secara terbuka bahawa terdapat amalan korup dalam pasukan polis dan dengan itu turut membabitkan pegawai-pegawai polis (lain),” katanya.
Kata timbalan pengerusi DAP itu, mengikut Akta SPRM, badan itu harus menjalankan siasatan sekiranya mempunyai sebab untuk mengesyaki berlaku kesalahan yang dilakukan.
Bangunan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya
Malah, bekas menteri dengan latar belakang bidang guaman itu turut menggulangi gesaannya semalam agar Abdul Hamid sendiri membuat laporan.
“SPRM mesti bertindak tanpa rasa takut atau menyebelahi (sesiapa) dalam kes yang mempunyai kesan besar terhadap integriti agensi penguat kuasa seperti polis.
“SPRM mesti mendorong (inspire) keyakinan. Membisu bukan suatu pilihan. Azam mesti menjelaskan bagaimana dia akan tangani masalah ini, dan jika tiada rancangan sedemikian, dia juga mesti jelaskan mengapa,” katanya.
Pendedahan Abdul Hamid pada 18 Mac itu mencetuskan reaksi daripada ahli politik pembangkang dan badan peguam yang meminta agar sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan.
Abdul Hamid mendedahkan wujud gerakan kartel yang terdiri daripada anggota polis “muda” yang bersekongkol untuk menyingkirkannya.
Kata pegawai tertinggi PDRM yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, kartel terbabit bercita-cita untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi mereka. Mk
https://mykmu.net/2017/04/18/free-anwar-antara-mukhriz-muhyiddin-dan-gobind-siapa-yang-lebih-bijak/
You must be logged in to post a comment.