Biadap! Lelaki mandi telanjang di kolam air pancut awam

Seorang lelaki tular selepas dirakam berenang dalam keadaan telanjang di sebuah kolam air pancut di Dataran Kajen, Jawa Tengah, lapor laman berita SindoNews.

Selepas menerima aduan orang ramai, Balai Polis Daerah segera menghantar anggotanya ke tempat kejadian. Mereka memeriksa lelaki tersebut serta mendapatkan penjelasan mengenai tindakannya.

Lelaki dikenali sebagai HS dan berusia  28 tahun  itu mengaku bahawa tindakan yang dilakukannya pada Khamis lalu itu adalah kerana dia berhalusinasi akibat memakan buah kecubung.



Ketua Polis Daerah Pekalongan, Wahyu Rohadi berkata, HS memperoleh buah itu ketika keluar memancing pada hari sebelumnya.

Dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebatang pokok kecubung di tepi jalan lalu buahnya dipetik dan dibawa pulang.

HS menyediakan hidangan buah kecubung dicampur sos secara rahsia kerana enggan diketahui orang lain.

“Akibat memakan buah itu, badan HS terasa panas dan tekaknya kering. Selepas itu, dia tidak sedarkan diri sebelum ditemui rakan-rakan di dalam kolam itu,”kata Wahyu. – Agensi



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker