Anwar akan jumpa Azam Baki


KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilam Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dalam masa terdekat ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, antara isu yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang itu pada pertemuan tersebut adalah masalah-masalah berbangkit sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ia membabitkan isu Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail yang pernah membuat laporan berhubung cubaan menyogoknya bagi mendapatkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Minggu ini, insya-Allah Datuk Seri Anwar akan bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memberi penjelasan dan bercakap terus-terang masalah yang dihadapi. Saya bagi contoh kami telah nyatakan YB Natrah sebelum ini menyatakan beliau ada dihubungi tetapi ada usaha pihak yang mengaitkan beliau dengan tawaran RM10 juta.

“Padahal Natrah tidak sekali pun menyebut hal itu. Kenyataan media rasmi daripada SPRM menyentuh RM10 juta walaupun tak berkait dengan beliau. Bagaimana RM10 juta itu termasuk dalam SPRM. Ini antara perkara yang akan dibangkitkan.

“Harapan kami agar SPRM dan agensi penguatkuasaan yang lain membenarkan mereka diperalat oleh mana-mana pihak dan bersikap professional dalam menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan bantuan beg sekolah menerusi Program Back To School anjuran Pertubuhan Anak Kerinchi Lembah Pantai di sini hari ini.

Awal bulan ini Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail menafikan ada menerima tawaran RM10 juta oleh dua individu yang mempelawanya lompat parti seperti didakwa satu akaun Facebook Ops Johor.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, wakil rakyat PKR itu mengesahkan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk keterangan Natrah akan diambil dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Sebelum itu, Natrah telah hadir bagi diambil keterangan berhubung dakwaan yang sama di cawangan SPRM Segamat.

Sehubungan itu, SPRM turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan. MG

MP Sekijang Sudah Buat Laporan, Kini Bola ‘Ditangan’ SPRM dan Rakyat Menunggu Tindakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker