Guan Eng ‘belasah’ MB Kedah dalam konvensyen DAP Kedah

 

ALOR STAR: DAP menuduh menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan retorik memecah belah dan menghina bangsa dan agama untuk mengalihkan perhatian dan menutup kegagalan PAS untuk menunaikan janji menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kedah.

Ketika merasmikan konvensyen parti di negeri asal pemimpin PAS itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendekatan ‘menghasut’ ini telah melukai perasaan bukan sahaja rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.



“Di antara kegagalan paling jelas yang cuba disembunyikan kerajaan negeri adalah masalah bekalan air, peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya, sambil menambahkan bahawa kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN) telah gagal menyalurkan sebarang dana khas untuk mengatasi masalah ini .

“Tidak seperti kerajaan PN, Pakatan Harapan (PH) berlaku adil kepada Kedah dengan meluluskan dana khas RM200 juta kepada kerajaan negeri pada Januari tahun lalu. Saya ingin bertanya bagaimana wang ini digunakan oleh kerajaan pimpinan PAS untuk menolong rakyat? ”

 

Batal projek HSR: Kegagalan besar tahun 2021 – Pemuda UMNO



Ahli Parlimen Bagan itu berkata PH ingin menjadi kerajaan yang mewakili semua kaum dan agama, berjanji berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia berdasarkan prinsip keadilan sosio-ekonomi, kebebasan demokratik, kedaulatan undang-undang dan kemakmuran untuk semua.

Menyentuh perkara lain, Lim menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gagal menyiasat menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Rina Harun, yang berjaya menyelesaikan hutang RM1.3 juta bagi membebaskan dirinya daripada diisytiharkan muflis.

“Rina melunaskan hutangnya walaupun pernah mengisytiharkan aset miliknya hanya RM72,000, dengan pendapatan bulanan RM34,000 pada 20 Nov 2019.



“Ia bertentangan dengan tindakan yang dilaporkan terhadap anggota parlimen yang menentang kerajaan PN ketika ini, yang cukup pantas,” katanya.

MP Pasir Gudang bagi 4 bukti untuk Muhyiddin, Kabinet letak jawatan

Rina melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat produksi program filem dan televisyen yang berpangkalan di Paris, kata seorang peguam yang mewakili firma Perancis itu kepada FMT pada 16 Februari lalu.



“Ketika kita mendengar SPRM merancang untuk bertindak terhadap mereka yang mengumpan wakil rakyat untuk melompat parti, ada menteri yang memiliki kekayaan luar biasa yang tidak dapat dijelaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lim meminta anggota DAP untuk tidak bertindak bersendirian tetapi bersatu dengan semua parti pembangkang, dan melawan “musuh” mereka, PN.

Katanya, walaupun PN menggunakan jentera dan kuasa kerajaan sebagai satu kelebihan, kekuatan perpaduan pembangkang akan menjadi kunci utama melawan mereka .

“Walaupun DAP boleh memenangi kerusi yang ditandingi, apa gunanya jika rakan kita PKR dan Amanah tidak menang? Kita tidak akan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker