Sarawak tulis surat kepada Putrajaya mahu beli vaksin sendiri


KUCHING: Kerajaan Sarawak menghantar surat kepada Putrajaya mengenai hasratnya membeli vaksin Covid-19 sendiri untuk negeri itu, kata Timbalan Ketua Menterinya, Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

“Saya telah menghantar surat kepada Khairy…saya beritahu beliau bahawa Sarawak memang berhasrat membeli vaksin.

“(Pembelian vaksin itu akan dibuat) sekiranya vaksin yang dibekalkan kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi kehendak jadual program pemvaksinan di Sarawak yang dijadualkan selesai pada Ogos depan,” katanya pada sidang media harian Covid-19.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi dari mana-mana negeri untuk pembelian vaksin Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah jika kerajaan negeri bercadang membeli vaksin sendiri dan boleh memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri berbuat demikian. FMT

Rahsia terpendam, Vivy mahu tulis buku kisahnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker