Guan Eng kekalkan pengaruh sebagai pengerusi?


KUALA LUMPUR – Berakhirnya pemilihan DAP Perak yang sedikit kecoh, tumpuan kini beralih kepada pemilihan DAP pusat.

China Press melaporkan, antara perkembangan yang mencuri tumpuan adalah peranan Lim Guan Eng selepas pemilihan parti itu.

Guan Eng yang telah mencapai tempoh maksimum sebagai setiausaha agung parti dijangka diberi peranan baharu sebagai pengerusi.

Keadaan itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan bahawa Guan Eng akan mengekalkan pengaruhnya melalui jawatan pengerusi, walaupun setiausaha agung secara tradisinya merupakan orang paling berkuasa dalam DAP.

Kebimbangan itu juga akan mewujudkan suara tidak puas hati, sekali gus memberi momentum kepada penentang Guan Eng yang akan mencabar pemimpin sedia ada.

Akar umbi parti juga dilaporkan tidak puas hati dengan peranan DAP semasa menjadi parti pemerintah di bawah kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka tidak senang apabila DAP kehilangan kelantangannya semasa menjadi kerajaan.

“Sukar dijangkakan sejauh mana barisan kepimpinan DAP akan bertukar wajah, tetapi yang pasti ahli sudah tidak percaya dengan sesetengah pemimpin.

“Walau bagaimanapun, pemimpin yang tidak melakukan kesilapan besar dijangka akan dikekalkan,” katanya.

DAP menggunakan sistem pemilihan dua pusingan dan kem penentang perlu memastikan sekurang-kurangnya 16 wakil mereka terpilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP jika mahu menumbangkan barisan kepimpinan sedia ada.

Perlembagaan DAP memperuntukkan 30 peratus atau sembilan jawatan kepada pemimpin wanita, satu keadaan yang tidak menguntungkan kem penentang yang kekurangan calon wanita berkaliber.

Dalam pemilihan DAP Perak baru-baru ini, Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang dilihat rapat dengan Guan Eng berjaya mempertahankan kedudukan dan terus menerajui DAP Perak. MG

Azmin dilantik sebagai Naib Presiden PPBM?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker