Dilabel pelacur politik : Pas utus surat zahir kekesalan kepada Tengku Razaleigh


Tindakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan Pas sebagai ‘pelacur politik’ adalah amat tidak wajar, tegas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden Pas itu berkata, sebaliknya, sebarang kritikan perlu menggunakan saluran tepat memandangkan mesyuarat Muafakat Nasional (MN) tetap dilakukan dua minggu sekali.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas akan mengutuskan surat kepada Ahli Parlimen Gua Musang bagi melahirkan kekesalan berhubung kenyataan berkenaan.

“Saya melihat isu ini berdasarkan pandangan peribadi beliau (Tengku Razaleigh) dan bukan mewakili parti, cuma kedudukan beliau (dalam UMNO) agak tinggi.



“Sebab itu kita ambil perhatian sedikit. Kalau ahli biasa, kita (mungkin) buat tidak tahu, tetapi apabila penasihat, kita kena jadi penasihat.

“Pun begitu, hubungan (antaran Pas dan UMNO) saya rasa tidak terjejas sebab itu bukan pendirian parti, tetapi pandangan peribadi,” katanya di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim menambah, surat yang bakal diutuskan itu akan dihantar dalam masa terdekat.

“Pas mempunyai hubungan baik dalam MN dan ini merupakan platform untuk membincangkan isu.



“Bukannya menggunakan media secara terbuka (untuk) menyerang rakan-rakan dalam MN,” ujarnya.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur politik’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula melabel Pas sebagai sebuah parti kecil. Awani

https://mykmu.net/2017/11/25/taat-agak-kalau-suami-suruh-jadi-pelacur-ikut-tak-tanya-sajalah/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker