Taat: Agak Kalau Suami Suruh Jadi Pelacur, Ikut Tak? Tanya Sajalah..

Share


SEJAK semalam, media sosial pro Pakatan dipenuhi dengan cerita-cerita apa akibatnya jika menjadi isteri yang nusyuz – nampak kelakar pulak tempat biasa maki hamun atas nama politik, tiba-tiba bincang hal rumah tangga.  Dipercayai, semua cerita ini ada kaitan dengan pengakuan tak berapa mengejutkan seorang isteri kepada pemimpin Pakatan bahawa yang selama ni dia tak bertudung tu, sebab ‘taat’ kepada perintah suaminya – yang mendakwa baca Al-Quran hari-hari.

Orang lain ramai juga tak bertudung tapi taklah buat pengakuan macam itu.

Ini kita semua tahu cakap orang jahil.  Takkanlah taat suami lebih tinggi dari ketaatan kepada Tuhan?  Pergi Mekah pandai pulak bertudung, apa tak bukak saja guna alasan suami tak suka?  Sebab tahu perintah Tuhan lagi tinggi dari apa yang lainlah pakai tu (masa kat Mekah). Hairan balik Malaysia dah tukar fahaman pulak.

Malangnya, berdasarkan pemerhatian penulis, ada juga yang termakan dengan cerita-cerita seumpama ini. Taklah ramai jumlahnya tapi benda asas macam ini tak payah ramai pun, satu dua yang percaya pun dah cukup buruk.

Dengan mengetahui sokongan terhadap pemimpin Pakatan yang berkenaan adalah berasaskan kepada ketaksuban semata-mata, maka penting penjelasan berterusan diberikan supaya tidak ada sesiapa di negara ini menolak perintah agama, guna alasan suami tak benarkan.  Sat lagi ada pulak yang jadi pelacur guna alasan suami suruh dan mereka taat kerana takut jadi isteri yang nusyuz,  kacau masyarakat kita nanti.

Begitupun, tudung-tudung juga, parti Top Dog tengah kelam kabut sampai nak buat mesyuarat cawangan pun tak boleh, jangan dilupakan.  Top Dog cukup handal bab divertion ni, dan dia ada sejarah tidak mengira apa akibat asal saja perkara lebih buruk pasal dia tidak jadi bual di kalangan rakyat.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *