Xavier akui dia jadi sasaran siasatan pihak berkuasa, dakwa Saifuddin


Datuk Dr Xavier Jayakumar yang baru keluar parti hari ini didakwa mengakui menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Kuala Langat itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan KEADILAN memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan beliau sasaran siasatan setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.

“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwa Saifuddin, keputusan yang diumumkan Xavier terjadi dengan latar belakang kenyataannya beberapa minggu lepas bahawa ujudnya usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli Parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan PDRM, LHDN dan SPRM.

“Bagaimanapun, hal yang berlaku sekarang adalah, instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan dalam pentadbiran Perikatan Nasional untuk mengalih sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang kepada Perikatan Nasional.

“Ini adalah satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala kita sedar isu rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan pihak Perikatan Nasional seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib,” katanya lagi.

Menurutnya, amat jelas kerajaan minoriti hari ini berlapik dengan alasan darurat dan menggantung Parlimen sambil pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi-agensi tertentu melalui taktik umpan habuan, tekanan dan ugutan.

“Sebagai seorang yang lama mengenali Dr Xavier Jeyakumar – tindakan dan alasan-alasan beliau dalam kenyataan hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya. Namun yang membezakan reformis tulin dengan yang lain ialah tahan diuji pada masa senang dan sukar,” ujarnya.

Beliau seterusnya mengulangi gesaan agar semua ahli Parlimen PKR untuk kekal teguh dan Istiqamah berpegang kepada prinsip dan landasan perjuangan reformasi tanpa tunduk dengan umpan habuan dan ugutan. MG

Selepas Xavier, Azmin beri bayangan ‘1+1+1+… dan seterusnya’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker