Guan Eng ‘dikutip’ Polis esok untuk disoal siasat

Polis akan menyoal siasat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng esok berkaitan kenyataan bersama Pakatan Harapan mengenai pengisytiharan darurat.

Peguam Lim, RSN Rayer, yang juga ahli parlimen Jelutong, mengesahkan wawancara itu akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang.

Pasukan dari Bukit Aman akan menyoal Lim. Siasatan terhadap Lim pertama kali dilaporkan pada 23 Februari.



Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut disiasat berkaitan kenyataan sama. Anwar sudah disoal siasat oleh polis pada 26 Februari.

Kedua-dua pemimpin itu, bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu, menandatangani bersama kenyataan PN pada 12 Januari.

Pada kenyataan itu, para pemimpin PH tidak setuju dengan keputusan parti pemerintah untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!



“Majlis Presiden mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19.

“Kami berpendapat bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumum semalam, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini,” kata mereka.

PH juga berkata tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat ketika dia kehilangan sokongan majoriti anggota parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, tidak boleh diterima sama sekali.



“Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” kata kenyataan pada 12 Jan itu lagi.

Yang darurat adalah kerajaan PN, bukan rakyat

Sejak itu, Muhyiddin telah mendapat kembali majoriti tipis di parlimen susulan dua lagi MP PKR berpaling tadah melompat menyokong PN.



Muhyiddin berkata pengisytiharan darurat, yang juga menggantung parlimen, adalah perlu untuk memerangi wabak Covid-19.

Dia berjanji akan mengadakan pilihan raya sebaik wabak Covid-19 dapat ditangani. Darurat tamat pada bulan Ogos.

Pada 24 Feb, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.

 



Tuduhan kritik TMJ – Tamrin berdepan hukuman penjara setahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker