Kejam! 40 tahun lamanya seorang lelaki dikurung tanpa sebab
Dua beranak didakwa atas kesalahan melakukan pemerdagangan manusia susulan penemuan seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai dikurung dalam pondok buruk selama 40 tahun.
Mangsa dikatakan dikurung sejak berusia belasan tahun dan berjaya ditemui polis pada 2018 di pondok terbabit di Cumbria, England.
Turut ditemui bersamanya adalah sebuah televisyen, kerusi, tilam serta alat pemanas elektrik, lapor Daily Mail.
Mangsa ketika itu kelihatan trauma sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pihak berkuasa yang kemudiannya melakukan siasatan selama tiga tahun berjaya mengesan dua beranak terbabit yang masing-masing mempunyai nama sama, Peter Swailes, 80 dan 55 sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Carlisle.
Menurut seorang pegawai kanan siasatan, Martin Plimmer, mereka cuba memberi perhatian terhadap kebajikan mangsa dan mengambil langkah sepatutnya.
Noor Hisham jawab Najib, Kuarantin 10 atau 14 hari tak banyak beza
“Ketika ditemui, kelakuannya boleh ibarat seperti arnab dalam keadaan gelap selain mempunyai fikiran yang amat bercelaru,” katanya.
Menurutnya, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada lelaki terbabit pernah cuba untuk melarikan diri sebelum ini.
“Dia melalui pengalaman trauma dalam tempoh jangka masa panjang dan sukar untuk mendapatkan kepercayaan kembali,” katanya yang dipetik BBC.
Plimmer berkata, ia adalah kali pertama dia melihat kes seperti itu apabila ada individu yang dikurung selama 40 tahun.
“Sepanjang kerjaya ini, saya tidak pernah melihat ada orang yang dikurung selama 40 tahun dan ia mungkin kes paling lama yang pernah kami hadapi.
“Ia amat menyedihkan dan pada masa sama ia adalah kes yang sangat serius,” katanya.
You must be logged in to post a comment.