Antivaksin: Polis pantau Facebook bekas pelakon


TELUK INTAN: Polis Perak akan memantau Facebook seorang bekas pelakon yang dilaporkan sering membuat kenyataan mengenai fahaman antivaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkaitan tindakan bekas pelakon itu.

“Kita akan melihat perkara ini dan memantau hantaran Facebook serta melakukan siasatan. Jika ia menggugat keharmonian masyarakat, tindakan akan diambil.

“Setakat ini, tiada gerakan antivaksin dikesan di Perak tetapi kita tetap melakukan pemantauan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

Hantaran Facebook bekas pelakon itu menjadi perbualan netizen kerana dipercayai menolak program vaksinasi kerajaan.

Semalam, media melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang menasihatkan golongan selebriti supaya tidak menyebarkan fahaman antivaksin, sebaliknya memanfaatkan pengaruh dimiliki untuk membantu kerajaan menggalakkan pengambilan vaksin bagi memerangi penularan COVID-19.

Sementara itu Mior Faridalathrash berkata setakat ini 76 peratus anggotanya di seluruh negeri menyatakan persetujuan untuk mengambil vaksin itu yang akan bermula 12 Mac ini secara berperingkat.

“Saya yakin peratusan itu akan meningkat. Kita tidak perolehi 100 peratus kerana pengecualian anggota yang mempunyai alahan teruk, menyusukan anak dan hamil,” katanya. BH

https://mykmu.net/2017/05/21/ppbm-perak-desak-muhyiddin-letak-jawatan/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker