Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu

Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu

Mas Idayu, 51, mengubah karakter menjadi lemah lembut ketika melaksanakan tugas sebagai juri tetap musim ketiga program realiti kekeluargaan, Famili Duo (FD3) yang membuka tirai, malam tadi.

Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun enggan peristiwa dikecam netizen gara-gara kritikan pedas dilempar terhadap peserta musim kedua, Sissy Imann yang menyaksikan penyanyi itu menitiskan air mata, berulang.



Bagaimanapun, penyanyi lagu 100% Cintaku itu mengaku belum biasa dengan karakter lemah lembut ketika melakukan tugas penjurian. Malah, Mas Idayu rasa janggal.

“Saya cuba sebenarnya, tapi macam tak jadi. Apabila saya mahu buat seperti itu (lemah lembut) saya nampak macam orang lain sikit.

“Saya cuba kerana di depan saya (peserta), semuanya adik-adik saya. Jadi, saya cuba supaya tidak jadi seperti tahun lalu. Saya mahu tidak terlalu ketara (ketika memberi komen) sehingga ada yang menangis.

“Saya tahu bukan semua orang boleh terima kritikan pedas. Ada yang boleh dan ada yang tidak boleh,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya konsert minggu pertama FD3 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi.



Bagaimanapun, Mas Idayu yang mengadili peserta bersama seorang lagi juri tetap, Ajai, tidak menolak kemungkinan bersikap tegas dalam program berkenaan kerana mahu menambah baik kekurangan setiap peserta.

Tambahnya, dia akan menggunakan pendekatan tegas jika peserta tidak mengikuti nasihat atau tunjuk ajar juri.

“Jika saya jadi diri sendiri, ia lebih baik untuk mereka. Tapi kalau saya tidak jadi seperti itu, takut mereka pula yang tidak dapat pendedahan sepatutnya.

“Kalau peserta masih main-main, mungkin saya akan jadi diri saya kembali. Hilang juga sabar kalau tidak betul,” katanya.



Mas Idayu menegaskan, setiap teguran dan kritikan juri adalah berdasarkan pengalaman mereka sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

“Jangan fikir sudah bagus, sebab kalau bagus jangan masuk pertandingan. Kalau tidak boleh terima kritikan, baik duduk sahaja dan buat persembahan apabila ada orang panggil.

“Tapi apabila masuk pertandingan peserta adalah adik dan juri kakak. Jadi, adik kena dengar kata kakak.

“Sepanjang 35 tahun saya sudah lalui macam-macam. Jadi, kalau kami beri komen, ia adalah berdasarkan pengalaman. Tidak kiralah juri bagus atau tidak, peserta perlu dengar kerana markah di tangan juri,” katanya. BH



Kalau bagus sangat, jangan masuk bertanding – Mas Idayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker