MUDA naik angin, menteri tiada respon walaupun sebulan dah berlalu

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin supaya segera memutuskan permohonan parti untuk didaftarkan sebagai parti politik rasmi.

Muda berkata rayuan parti politik itu sudah berlarutan selama sebulan, yang dibuat pada 4 Feb lalu.

Muda sebelum ini, mengemukakan rayuan kepada menteri, selepas mahkamah menolak semakan kehakiman parti itu terhadap keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pendaftaran parti.

Mahkamah yang menolak semakan kehakiman pada 4 Feb memerintahkan, supaya Muda cuba membuat rayuan kepada menteri terlebih dahulu sebelum ke mahkamah untuk mencabar keputusan ROS.

Pada 2 Feb, menteri dalam negeri mengumumkan, permohonan pendaftaran Pejuang dan Muda ditolak kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966.

Dilaporkan ROS pada 6 Jan tidak hanya menolak permohonan pendaftaran Muda tetapi juga bagi parti Pejuang.

Bersatu bincang keputusan MT UMNO petang ini

Susulan itu, Pejuang, yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad, telah mencabar keputusan ROS di mahkamah.

Ahli Muda, Lim Wei Jiet memberitahu terdapat keperluan mendesak supaya Muda didaftarkan menjelang PRU15 yang dispekulasikan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meskipun diberi peringatan sejak 4 Feb lalu, Lim yang juga peguam mendakwa, Muda masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada menteri.

“Kami dah hantar rayuan kepada menteri dalam negeri sejak 4 Feb. Sudah hampir sebulan.

“Menteri dalam negeri sudah tentu maklum akan keperluan mendadak pendaftaran parti, terutama selepas muncul tanda-tanda PRU yang kemungkinan diadakan tak lama lagi.

“Saya menggesa menteri dalam negeri untuk buat keputusan secepatnya. Jika tiada respons, kami tiada pilihan untuk bawa isu ini ke muka pengadilan lagi sekali,” kata Lim.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker