Anwar dakwa Ahli Parlimen ditawar wang, ditekan


Sehari selepas Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa ahli partinya ditawarkan “berjuta-juta” untuk melompat parti, kini Presiden PKR, Anwar Ibrahim mendakwa beliau turut mendengar kisah sama.

Bercakap kepada wartawan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Anwar berkata, selain tawaran jutaan ringgit, “tekanan lain” mungkin terbabit dalam keputusan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR untuk menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Dalam pendedahan mengejutkan, katanya, beliau mendapat maklumat mengenai “jutaan ringgit” dan dakwaan mendapat tekanan daripada pihak berkuasa, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sng enggan mengulas, ketika dihubungi mengenai dakwaan Anwar, manakala Choong tidak dapat dihubungi.



Anwar turut mendakwa gaya hidup “mewah” menteri diketahui ramai, tetapi tiada tindakan diambil terhadap mereka.

“Jadi kalau nak ambil tindakan, termasuk (terhadap) pembangkang, silakan. Tetapi, jangan guna ini sebagai satu tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat ke parti lain.

Mengenai isu wakil rakyat Amanah menyertai PKR, Anwar berkata, Adun itu memilih untuk menyertai partinya.

“Tetapi di peringkat awal, kita memang minta mereka berurusan dengan parti Amanah dahulu.



Anwar kemudian berkata, Amanah dan PKR sudah menyelesaikan perkara itu.

“Saya fikir tak terjejas. Saya masih berhubung rapat dan baik. Saya sendiri pernah maklum kepada Presiden Amanah (Mohamad Sabu) tentang cadangan mereka,” katanya sambil menambah beliau turut menasihatkan ADUN itu merujuk Mohamad terlebih dahulu.

Ahad lalu, Amanah Bahagian Bukit Bintang menggesa kepimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan kedudukannya dalam Pakatan Harapan, selepas tiga ADUN di Johor keluar parti untuk menyertai PKR. FMT

Anwar Stole Billions In The 1990s



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker