Adakah akhirnya rakyat yang akan jadi mangsa akibat ketiadaan pelan hala tuju negara?



Sebaran :

RMK KE 12?

Tahun 2020 menandakan berakhirnya tempoh Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020.

Sebagai kesinambungan, pelan pembangunan pasca 2020 akan digubal dengan menetapkan hala tuju strategik yang jelas bagi menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh satu dekad dan menyediakan rangka kerja asas pelaksanaannya.



Ini bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih makmur.

Tapi dimanakah RMK 12?

Ia sepatutnya dibentangkan dan dibahaskan sebelum pengakhiran RMK 11, ia itu sebelum tahun 2020.



Antara kita mungkin ada yang telah mati, tetapi Negara tetap akan diwarisi, tapi dimana hala tuju kita?

Kita mempunyai lebih 1.5 juta kakitangan awam dan ramai bijak pandai yang dipertangung jawabkan untuk memikir dan menyediakan RMK 12 ini. Tapi dimanakah RMK ini?

Adakah akhirnya rakyat yang akan jadi mangsa akibat ketiadaan pelan hala tuju negara?



Zahida Zarik Khan

Ketua Puteri UMNO Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply