[VIDEO] 18 maut protes ganas di Myanmar

 

YANGON: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam demonstrasi ganas yang berlaku di beberapa bandar utama di Myanmar hari ini.

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kebanyakan mangsa yang maut dalam tunjuk perasaan itu dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh polis Myanmar.



Sumber AFP menyatakan tiga penunjuk perasaan ditembak mati di bandar Dawei, selatan Myanmar manakala dua lagi maut di pekan Bago.

Kematian penunjuk perasaan turut didakwa berlaku di Yangon dan Mandalay.

“Keadaan di Myanmar ketika ini sama seperti medan pertempuran,” menurut pemimpin agama Kristian Myanmar, Charles Maung Bo menerusi Twitter.



Selain melepaskan tembakan, pasukan polis juga membaling gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan.

Sejumlah protes cedera dalam demonstrasi yang berlangsung dan kesan darah mangsa dapat dilihat di beberapa kawasan. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker