[VIDEO] Bas bawa pesakit Covid-19 rempuh tol, 8 cedera ringan



 

SERDANG – Sebuah bas ekspres yang telah membawa pesakit COVID-19 terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, petang hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku jam lebih kurang 3 petang.

Semasa kejadian difahamkan bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ketika mengesahkan mengenai kemalangan itu berkata, lapan pesakit di dalam bas itu cedera ringan akibat rempuhan itu.

Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan i
berdasarkan video ringkas kejadian yang tular di media sosial hari ini.




difahamkan bas yang membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak.

Ia berlepas sekitar jam 10 pagi tadi dan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari tadi mengikut jadual perjalanan asal.

Pengarahnya, Datuk Dr. Sha’ari Bin Ngadiman berkata, kemalangan bas itu melibatkan 40 pesakit semasa kejadian.

“Lapan daripada penumpang dalam bas itu mengalami kecederaan ringan dan kesemua mereka dibawa ke hospital MAEPS dan diletakkan di bawah observation ward.

“Sementara pemandu bas berkenaan di rawat di Hospital Serdang,” katanya.




Sumber : malaysiagazette.com

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.