Saya berunding dengan pengundi sebelum keluar PKR, kata Larry Sng



Sebaran :

Julau MP Larry Sng has confirmed that he will be stepping down as Sarawak PKR chairman.

KUCHING: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng berkata, keputusan beliau meninggalkan PKR dibuat selepas berunding dengan pengundinya sejak beberapa hari lalu yang disifatkannya sebagai “keputusan bersama”.

Beliau berkata, kawasan Parlimennya ialah yang paling miskin dalam negara dan beliau tidak mampu berkhidmat dengan berkesan akibat kekurangan dana kerana berada di blok pembangkang.

Disebabkan itu, katanya, beliau memutuskan untuk beralih sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.



“Saya mahu melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini akibat Covid-19.

“Selepas berunding dengan pengundi saya sejak beberapa hari lalu, kami membuat keputusan bersama untuk saya mengumumkan peletakan jawatan saya dalam PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Saya percaya cara terbaik ialah mengetepikan politik buat masa ini supaya kita boleh membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta kita bersama dengan parti itu,” katanya dalam kenyataan.



Sng berkata, penduduk di kawasan Parlimennya menderita akibat impak ekonomi daripada pandemik, hilang pekerjaan dan pendapatan disebabkan harga komoditi yang rendah.

“Saya tidak dapat berkhidmat di Julai dengan berkesan kerana kekurangan dana pembangunan yang amat diperlukan.

“Dengan langkah ini, saya yakin dapat mengotakan janji pilihan raya kepada pengundi.”



Katanya, perdana menteri melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini dan beliau patut memainkan peranan menyokongnya.

“Terlalu banyak masa dibazirkan untuk berpolitik dan bertelagah ketika rakyat merana.”

Sng berkata, beliau memenangi kerusi Parlimen Julau dalam pilihan raya umum 2018 sebagai calon bebas dan kini mengisytiharkan dirinya Ahli Parlimen bebas yang “mesra kerajaan”.



Beliau mengambil alih jawatan pengerusi PKR Sarawak selepas Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian meninggalkan parti itu tahun lalu-FMT


Sebaran :


Leave a Reply