[VIDEO] Insiden Posmen Lastik Anjing: Abang Posmen Dan Pemilik Anjing Berdamai

Insiden seorang posmen melastik seekor anjing milik seorang penduduk di sebuah taman perumahan di Kluang, Johor baru-baru ini selesai apabila kedua-dua pihak sudah berdamai.

Insiden itu tular dilaman sosial selepas video berdurasi 21 saat yang memaparkan aksi posmen melastik haiwan itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kawasan berdekatan.

Menerusi perkongsian Aku Budak Kluang di Facebooknya, kedua-dua pihak iaitu posmen dan pemilik anjing telah bertemu semalam dan akhirnya kedua-dua pihak telah berdamai atas usaha pelawak terkenal Sharol Shiro di Instagram untuk menyelesaikan masalah ini.





“Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia ini segalanya dipermudahkan dan telah selesai isu Dollah posmen bersama pemilik anjing.

“Encik Siva dan Puan Magesh sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami dgn penuh kemesraan. Apabila duduk semeja titik persamaan telah dijumpai dan titik perbezaan telah kita hindari,” katanya di laman Facebook semalam.

Tambah hantaran itu lagi, dia mengucapkan tahniah atas sikap profesional orang Kluang dan berharap agar keharmonian masyarakat di Kluang dapat dikekalkan.



“Terima kasih Encik Siva dan Puan Magesh, Dollah dan isteri serta semua yang terlibat mewujudkan suasana damai ini,” jelasnya.

Ruangan komen posting tersebut telah dibanjiri dengan komen dari netizen memuji usaha Sharol Shiro atas usaha ini



Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang posmen Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang disyaki terlibat dalam kejadian melastik anjing menggunakan gelang getah digantung tugas sementara.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya yang bertugas di Pos Malaysia cawangan Kluang digantung tugas sementara bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan.

Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) juga sebelum ini ada memuat naik video di Facebook memaparkan tindakan posmen tersebut.



Susulan kejadian itu, anjing berkenaan didakwa mengalami kecederaan pada mata kiri akibat perbuatan posmen tersebut.-K! ONLINE.

Posmen Lastik Anjing Guna Getah Digantung Tugas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker