Bas bawa pesakit Covid-19 terbabas rempuh plaza tol, 6 penumpang cedera



Sebaran :

 

KUALA LUMPUR: Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 dengan membawa 12 pesakit Covid-19 terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Perak itu dipercayai terbabas dan merempuh pondok plaza tol terbabit mengakibatkan enam penumpang cedera ringan.

Bas itu dipercayai membawa pesakit kluster Changkat Jong, Perak dan difahamkan enam mangsa cedera dibawa terus ke MAEPS, Serdang untuk rawatan lanjut, manakala keadaan pemandu bas belum dapat dipastikan.



Beberapa gambar keadaan bas yang rosak di bahagian hadapan itu tersebar di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Azman Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan masih dijalankan.


Sebaran :


Leave a Reply