Pahang keluar arahan henti lombong emas di Kechau, Lipis

Kuantan: Kerajaan Pahang mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, arahan itu untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau.

Berdasarkan laporan, penduduk yang terbabit dalam kegiatan itu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan mineral berkenaan.

Difahamkan, ada penduduk yang membeli kenderaan secara tunai sekali gus mengubah nasib mereka.

Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan iu sebelum kelulusan diberikan.

Katanya, ini kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama.

“Dalam hal ini, ia menimbulkan masalah dan sebab itu kita perlu teliti setiap permohonan,” katanya.-HM

Kapal British Lama Dipercayai Tahun 1800-an Ditemui Di Sungai Lipis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker