Kes Covid-19 Terkini Menurun: 1,924 kes dan 12 kematian

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 menurun hari ini, iaitu 1,924 kes termasuk enam kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumuatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 293,698 kes.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 666 kes, diikuti Johor dengan 257 kes dan Sarawak (218 kes).



“Sehingga kini seramai 205 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 91 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat 12 kes kematian membabitkan warganegara dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,100 kes atau 0.37 peratus.

Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 3,752 kes pulih dilaporkan.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah sebanyak 263,761 kes bersamaan 89.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker